1- rabeh - untung hidup di dunia, segala suruhan wajib dilakukan, ditambahkan pula amalan2 sunat mendekati diri kepadaNya. 2. Rugi pun tak, untung pun tak, tapi dan selamat dari azab Allah. segala perintah dan suruhan ditaati. 3. Rugi. Ruang masa dan kesempatan berlalu dengan pantas tapi tidak diisi dengan ketaatan kepada rabbul jalil, lebih teruk segala larangan diredah tanpa rasa malu kepada Penciptanya. Imam Ghazali - berdasarkan ayat 32 surah al-Fathir. Renung2kan
Terdapat dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh al-Bazzar dari Mu’az bin Jabal r.a yang mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda:
ReplyDeleteإنكم على بينة من ربكم مالم تظهر فيكم سكرتان سكرة الجهل وسكرة حب العيش وأنتم تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتجاهدون في سبيل الله فإذا ظهر فيكم حب الدنيا فلا تأمرون بالمعروف ولا تنهون عن المنكر ولا تجاهدون في سبيل الله القائلون يومئذ بالكتا...ب والسنة كالسابقين الأولين من المهاجرين والأنصار
Maksudnya: “Sesungguhnya kamu akan tetap berada dijalan yang benar dari Tuhan kamu selagi mana tidak timbul dikalangan kamu dua perkara mabuk, iaitu mabuk kejahilan dan mabuk sayangkan hidup. Kamu akan terus menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran serta terus berjihad pada jalan Allah s.w.t. Tetapi apabila timbul pada kamu perasaan sayang dan kasihkan dunia maka kamu tidak lagi menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan berjihad ke jalan Allah. Diketika itu jika kedapatan orang-orang yang memperkatakan al-Kitab dan al-Sunnah, maka mereka berkedudukan sama seperti generasi pertama Islam yang terdiri dari al-Muhajirin dan al-Ansar.”